Sunday, January 3, 2016

Hate the way I am rite now

Why I get myself entangled in such of probs huh?  Y I'm being like this?  Ya Allah control my heart Allah.  Jgn biarkan hambamu ini terus hanyut dlm anganan dan perbualan yg xbrfaedah ini.  Kukuh kan lah pendirianku yg Allah ��

Monday, December 21, 2015

Just don't

Please don't! Just don't. Don't ever let me develop the hating feeling toward u people.  I want to love u as part of my family member.  I still want to have family like u people.  So pls.  Be responsible and thoughtful. Jangan pikir nk main lepaskn tanggungjawab mcm tu je bila ada responsibility yg lain.  Tau la ure one carrier mom, but it doesn't mean u can just let my mom doing everything on ur behalf.  Mentang2 opah stay dgn my family wat masa ni,  mmg mak aku la yg kena basuh berak,  jaga makan pakai nenek aku?  Jadi apa plk ure responsibility as a daughter-in-law? Kalo pun xsudi nk jaga, nk basuh berak, then at least do lend ur hand by belikan barang keperluan opah or her medicine. Or hire one maid to help my mom with her job.  Sapa kata housewife tu keje blh goyang kaki?  Blh makan tido tgk tv?  Mentang2 mh mom housewife, my mom je la kena watkan semua?  Its just unfair.  So unfair.  I just pity my mom.  Pity u mom,  umi dah xde masa for herself,  masa nk jln2, nk rehat di waktu petang. Sudah la mak sendiri stay kat rumah sndiri,  tambah lg mom-in-law.  Seriuss kalo i in ur shoes,  dah lama i surrender,  i give up.  I xkuat mcm my mom.  N i xrajin mcm my mom.  I pun jenis main lepas cakap,  xde masa nk pikir perasaan org lain bila perasaan sendiri xterjaga.  So pls people,  do have some consciousness , think about other people oso,  dont just do everything in ur own way je.  Ini ur responsibility dlm konteks lain.  Ingt bila dah ada one responsibility, responsibility yg lain blh diignore kan ke?  Please laa.  Rasa dah xmampu nak senyum depan uolls macam xde apa2 yg berlaku.  Dah xmampu nk berpura2 mcm ak xkesah hal ini semua.  Sungguh rasa hipokrit

Friday, December 18, 2015

Special note to myself

Hey girl!  Why r u living ur life so hypocritically? Trying ur best to please others,  to 'suit in'with others? Did they give u the money?  Any kind of reward maybe?  Yeah I'm not the cheerful girl type,  or u may define it as 'hambar'.  I'm not that good to join with ur kind of uselessly conversation, or join in with any kind of conversation that are not even relate to me. U guys may refer it as a kelemahan but not for me.  I accept it wholeheartedly. Itsokayy I might have less number of friends but one thing for sure,  i get quite a number of 'real friends'.  The one that accept me as the way I am, always help me whenever i need them,  be patient with me, not easily getting irritated, and many more.  InshaAllah our friendship will last long till Jannah. I wont ask for more,  i don't need that damn recognition bc I'm not the type of attention-seeker.  I just hope that u guys will understand me more and not going to left me behind juz bc im kind of org yg senyap or xbnyk ckp.  With this note,  I hope i would gain more confident in my life,  not really concern of people opinion toward me,  and live my life calmly. Cause this is my life,  not them.

Friday, June 26, 2015

M.A.I.D & Dr. Cinta

Novel 1st yg saya semangat sgt nk beli ialah novel M.A.I.D and doktor cinta. Sampai sanggup pm kak suri tanya bila novel ni nk release sbb best sgt nk tau sambungannya. Well mula2 jumpa novel ni kat penulisan2u, nak godek2 kot2 kak suri ada novel lain b4 m.a.i.d, sy pun carik la blog kak suri n sejak tu la sy mula follow entry sis suri. Mmg best�� Teringat balik masa ni tahun 2011 xsilap, waktu koko boling di sunway pyramid. Masa ni sy paksa gak kwn sy teman pi MPH sbb dgr khabo novel M.A.I.D dah release. Mmg haritu jugak sy beli n then nmpk novel dr cinta plk. Haaa yg ni mmg best jugak sbb masa tu sy layan dua novel ni je ���� sampai sanggup pinjam duit kwn sbb teringin sgt nk beli dua2 novel ni. As expected, mmg xrugi sy beli dua2 novel ni n dua2 novel ni mempunyai jalan cerita yg berbeza but so good in their own way. Mmg akan follow terus dua2 writer ni. Good job akak writer �� keep up the good work. Sekian....

Monday, June 22, 2015

Jealous

Jealous? Ok for my very 1st life- experience entry, im wanna share erti jeles sebenar yg uolls maybe xprnh sedar. Well hidup remaja, plus kalo girls mmg senang sgt jatuh cinta/suka kalo nmpk smone yg hensem or smart. Am i rite? Bg ak hal ni xmustahil n xweird lngsg sbb weolls dikurniakn feeling so mmg la berhak nk merasa cinta, suka or seangkatannya la. Cuma kt kena pandai mencontrolkannya. Ok here my life-experience. Aku ni jenis girl yg pantang sgt feeling bila nmpk boys wpun boys tu sekadar berselisih di jln tanpa sepatah perkataan pun. Gila x? Hahaha well thats me ��. Tp someday bila ak mula borak2 lama dgn one of my crush, see eye-to-eye, aku mula sedar acttly feeling ak ni bkn love or crush or seangkatannya. Aku mula sedar hal ini apabila ketika sembang, rasa nervous tu hilang mcmtu je, rasa nk kontrol ayu pun dah tarak n the most important one, rasa tertunggu2 ws drpd si dia dah hilang n mnstalk insta dia pun dah kurang. Heheh.  That kind of feeling(cinta/suka) exist bc aku ni jenis yg agak distance dgn boys or jenis yg xrapat dgn guys. Realise it or not sbrnya girl ni cuma mahukan perhatian drpd some guys n perasaan 'suka/cinta' tu wujud sebab kt pandai2 je tafsirkan perasaan tu sbg cinta padahal kt nervous or berdebar tu bkn sbb cinta tp sbb gemuruh bila kita jarang rapat dgn lelaki n at one time tiba2 je kena rapat sbb tu perasaan gemuruh tu wujud. Ok let say bila kita pi interview then akan adanya perasaan nervous tu kan? Haa then apa ko suka dengan panel iv yg laki tu? Xkan? Haaa so sbb tu la aku kata yg perasaan gemuruh xsemestinya cinta. So conclusionnya, cuba la rapatkan diri dengan laki utk elakkan wujudnya rasa yang bukan2. Aipp rapat mksd di sini ialah try sembang or jadi lebih terbuka dengan laki bukan ddk rapat berdua-duaan dgn laki ye. N cuba analisi balik feeling sendiri apa betul yg kita rasa itu cinta or sekadar suka2? Hmmmmmm.......

Monday, April 20, 2015

Paper math td mcm ㅠ_ㅠ

Ya. Aku kena percaya dgn kuasa Allah. Tawakal! Tawakal stlh berusaha. do the best n leave the rest to Him. Sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik utk hamba-hambaNya. Berserah la kpdNya dan berusaha la utk paper seterusnya.  Rezeki Allah ada dimana2 shj. Kt yg harus berusaha utk mendapat rezeki tersebut maka berusaha la dan terus berusaha utk mendapatkan rezekiNya......reda kan hati >.<

Monday, February 10, 2014

Indahnya Derita 1

Amilia tersenyum melihat dua orang putera pujaannya yang kelihatan riang bermain di tepi tasik yang menjadi tumpuan ramai. Si ayah kelihatan terlalu asyik mengagah si kecil yang baru belajar bertatih. Panorama yang berlaku dihadapan matanya kelihatan begitu indah. Itulah aktiviti keluarganya setiap Sabtu pada waktu petang, iaitu membawa anaknya meluangkan waktu petang bersama. Amilia akui kadang-kadang terdetik juga rasa cemburu yang hadir dihati kecilnya apabila melihat suaminya memberi lebih perhatian kepada anaknya namun perasaan itu cepat-cepat diusir jauh apabila mengenangkan betapa dalamnya kasih suaminya terhadap dirinya. Anaknya itu......
     
       “Aduh! Sakitlah. Kau ni kan tegur elok-elok sikit tak boleh ke? Nasib baik aku ni tak ada penyakit lemah jantung, kalau tidak da lama jalan la nampaknya” marah Amilia kerana kepalanya disekeh sesuka hati.
     
       “Sebab aku tahu kau tak ada lemah jantung la aku buat macam tu. Kau ni dah sampai planet mana hah? Semalam kau yang beria-ia ajak joging sini, kononya nak buang lemak tapi dari tadi aku tengok kau asyik termenung je, aku jugak yang dah basah berpeluh-peluh ni.” Jawab Syazana.
      
        “Eh-eh dah la sekeh kepala orang sesuka hati, boleh pulak kau tuduh aku termenung? Aku ni tengah buat senaman ringan la sambil menghayati ciptaan tuhan yang indah. Hmm nyamannya udara petang-petang macam ni.” Kelentong aku sambil mendepakan tangan, bagai menunjukkan betapa dia sedang menikmati angin petang.  Aku tersenyum senang kerana dapat mencari alasan yang cukup baik, lagipun malu lah kalau ditangkap termenung sendirian, mesti bernanah telinganya mahu mendengar bebelan rakannya itu.
        
        “Aku da lama kenal kau la, kau tu kalau dibiarkan sendirian sekejap, mulalah ada dalam dunia kau tu. Eh jom la balik, mak aku call tadi suruh balik awal, katanya ada saudara aku datang dari jauh”
         
        “Jom lah, aku pun ingat nak balik dah ni. Sekarang ni waktu untuk aku tengok  boyfriend aku Lee Jong Suk pulak” Amilia memang hantu Korea. K-pop dia layan, drama korean tak payah nak cakap la, sebut je drama apa, berbaris nama pelakon drama tu Amilia boleh sebut. Nak-nak lagi kalau pelakon yang dia minati berlakon, kalau storyline tu tak best pun tak apa, asalkan dapat tengok pelakon pujaannya.
         
         Sambil berjalan beriringan ke kereta, Amilia ketawa sendirian apabila memikirkan anganannya sebentar tadi.`Huh mengarut betul la aku ni, kahwin pun belum, macam mana boleh timbul anak pulak? Agaknya dah mereng aku ni kerana terlalu asyik melayan drama Korea belakangan ni. Ahh indahnya dunia kalau anganannya menjadi kenyataan.’ Amilia berseloroh dalam hati.
           
        “Weh kau sedar tak mamat tu dari tadi asyik pandang sini je, hensem jugak mamat tu. Mana tau kot-kot mamat tu minat kat aku yang cantik jelita ni." Amilia mula perasan sendiri apabila dua orang lelaki itu kelihatan asyik memandang ke arah dia sambil berbisik antara satu sama lain.
        
            “Sudah-sudahlah kau ni tak habis-habis perasan. Kau ni mana-mana mamat yang tinggi je kau mesti cakap hensem, apa punya taste la.” 13 tahun berkawan dengan Amilia membuatkan dia cukup masak dengan perangai kawannya itu. Amilia memang suka berfikiran simple, asal lelaki tinggi, rambut terpacak, dan kaya,itu semua sudah cukup untuk menganggap lelaki tu hensem.

             “Zana, mamat tu nak datang sini la. Omoo what should I do?”  Amilia yang mula gelabah itu mula mencuit-cuit lengan Syazana.

             Lelaki itu mula bersuara, “cik...err.... saya rasa awak pakai kasut terbalik la” tegur lelaki itu dengan suara yang tertahan-tahan kerana risau gadis dihadapannya akan terasa dengan tegurannya itu.
 
             Pap. Amilia rasa pipinya mula memerah dan bagaikan ada yang mengetuk kepalanya kuat. 'Aduhh malunya, mana nak letak muka ni?' bisik Amilia kepada dirinya dengan perlahan.

            “Ha? Apa kau cakap Amy? Aku tak dengar la.” Ketawa yang ditahan Syazana itu akhirnya terburai juga apabila melihat Amilia mula menjeling tajam ke arahnya.

             `It's ok, stay cool and calm Amy. You can do it!’ Amilia cuba menenangkan dirinya daripada cuba melatah.
   
            “Apa awak cakap? Kasut saya terbalik? Laa awak ni tak tahu fesyen sekarang ke, ini fesyen yang terbaru la. Kalau awak pergi mana-mana shopping complex, awak akan jumpa banyak fesyen kasut yang pelik macam ni. Excuse me bro, I have to go now.” Amilia mula meminta diri sambil menarik lengan kawannya itu meninggalkan muka dua mamat yang masih terpingga-pingga itu. Tak faham la tu.

            'Heh agak-agaknya mamat tu percaya tak cakap aku tadi' Amilia mula berseloroh dalam hati. “Kau ni gelak sikit-sikit sudahlah,nak gelak 24jam straight ke apa? kang ada jugak yang nak kena tinggal kat sini.” Amilia mula mengugut rakannya yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti ketawa.

         “Eleh macam la kau ada hati nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Sudahlah aku datang sini dengan kau tadi, kalau kau ada niat nak dengar soalan yang bertubi-tubi daripada Puan Hajah Syahirah, kau tinggal la aku kat sini.” Syazana tahu yang rakannya itu tidak akan berani meninggalkan dirinya sendirian di situ kerana ibunya itu mengalahkan askar pencen. Mahu berpeluh-peluh bersoal jawab dengan ibunya itu.
     
         “So moral of the story, tidak semua lelaki yang cuba menghampiri ada niat nak tackle kau yang cantik jelita tu kerana ada yang menghampiri hanya untuk mendengar pasal fesyen terbaru kau je. Hahaha” Sindir Syazana yang masih ketawa kuat.

         Amilia mendengus geram sambil memandang ke arah kakinya. `Macam mana la aku tak perasan aku boleh tersalah pakai kasut? Itu la kelam-kabut sangat nak berjoging buang lemak konon. Buang lemak apanya, tambah malu ada lah. Jatuh saham aku. Kurang asam punya Zana, boleh lagi kau ketawakan aku? Baik punya kawan.’ Gerutu Amilia dalam diam.