Amilia tersenyum melihat dua orang putera pujaannya yang kelihatan riang
bermain di tepi tasik yang menjadi tumpuan ramai. Si ayah kelihatan terlalu
asyik mengagah si kecil yang baru belajar bertatih. Panorama yang berlaku
dihadapan matanya kelihatan begitu indah. Itulah aktiviti keluarganya setiap
Sabtu pada waktu petang, iaitu membawa anaknya meluangkan waktu petang bersama.
Amilia akui kadang-kadang terdetik juga rasa cemburu yang hadir dihati kecilnya
apabila melihat suaminya memberi lebih perhatian kepada anaknya namun perasaan
itu cepat-cepat diusir jauh apabila mengenangkan betapa dalamnya kasih suaminya
terhadap dirinya. Anaknya itu......
“Aduh! Sakitlah. Kau ni kan
tegur elok-elok sikit tak boleh ke? Nasib baik aku ni tak ada penyakit lemah
jantung, kalau tidak da lama jalan la nampaknya” marah Amilia kerana kepalanya
disekeh sesuka hati.
“Sebab aku tahu kau tak ada
lemah jantung la aku buat macam tu. Kau ni dah sampai planet mana hah? Semalam
kau yang beria-ia ajak joging sini, kononya nak buang lemak tapi dari tadi aku
tengok kau asyik termenung je, aku jugak yang dah basah berpeluh-peluh ni.”
Jawab Syazana.
“Eh-eh dah la sekeh kepala
orang sesuka hati, boleh pulak kau tuduh aku termenung? Aku ni tengah buat
senaman ringan la sambil menghayati ciptaan tuhan yang indah. Hmm nyamannya
udara petang-petang macam ni.” Kelentong aku sambil mendepakan tangan, bagai
menunjukkan betapa dia sedang menikmati angin petang. Aku tersenyum senang kerana dapat mencari
alasan yang cukup baik, lagipun malu lah kalau ditangkap termenung sendirian,
mesti bernanah telinganya mahu mendengar bebelan rakannya itu.
“Aku da lama kenal kau la, kau
tu kalau dibiarkan sendirian sekejap, mulalah ada dalam dunia kau tu. Eh jom la
balik, mak aku call tadi suruh balik
awal, katanya ada saudara aku datang dari jauh”
“Jom lah, aku pun ingat nak
balik dah ni. Sekarang ni waktu untuk aku tengok boyfriend aku Lee Jong Suk pulak” Amilia
memang hantu Korea. K-pop dia layan, drama korean tak payah nak cakap la, sebut
je drama apa, berbaris nama pelakon drama tu Amilia boleh sebut. Nak-nak lagi
kalau pelakon yang dia minati berlakon, kalau storyline tu tak best pun tak apa, asalkan dapat tengok pelakon
pujaannya.
Sambil berjalan beriringan
ke kereta, Amilia ketawa sendirian apabila memikirkan anganannya sebentar tadi.`Huh
mengarut betul la aku ni, kahwin pun belum, macam mana boleh timbul anak pulak?
Agaknya dah mereng aku ni kerana terlalu asyik melayan drama Korea belakangan ni. Ahh
indahnya dunia kalau anganannya menjadi kenyataan.’ Amilia berseloroh dalam
hati.
“Weh kau sedar tak mamat tu dari tadi asyik
pandang sini je, hensem jugak mamat tu. Mana tau kot-kot mamat tu minat kat aku
yang cantik jelita ni." Amilia mula perasan sendiri apabila dua orang
lelaki itu kelihatan asyik memandang ke arah dia sambil berbisik antara satu
sama lain.
“Sudah-sudahlah kau ni tak habis-habis perasan. Kau ni mana-mana mamat
yang tinggi je kau mesti cakap hensem, apa punya taste la.” 13 tahun berkawan dengan Amilia membuatkan dia cukup
masak dengan perangai kawannya itu. Amilia memang suka berfikiran simple, asal lelaki tinggi, rambut
terpacak, dan kaya,itu semua sudah cukup untuk menganggap lelaki tu hensem.
“Zana, mamat tu nak datang sini la. Omoo what should I do?” Amilia
yang mula gelabah itu mula mencuit-cuit lengan Syazana.
Lelaki itu mula bersuara, “cik...err.... saya rasa awak pakai kasut
terbalik la” tegur lelaki itu dengan suara yang tertahan-tahan kerana risau
gadis dihadapannya akan terasa dengan tegurannya itu.
Pap. Amilia rasa pipinya mula memerah dan bagaikan ada yang mengetuk
kepalanya kuat. 'Aduhh malunya, mana nak letak muka ni?' bisik Amilia kepada
dirinya dengan perlahan.
“Ha? Apa kau cakap Amy? Aku tak dengar la.” Ketawa yang ditahan Syazana
itu akhirnya terburai juga apabila melihat Amilia mula menjeling tajam ke
arahnya.
`It's ok, stay cool and calm
Amy. You can do it!’ Amilia cuba
menenangkan dirinya daripada cuba melatah.
“Apa awak cakap? Kasut saya
terbalik? Laa awak ni tak tahu fesyen sekarang ke, ini fesyen yang terbaru la.
Kalau awak pergi mana-mana shopping
complex, awak akan jumpa banyak fesyen kasut yang pelik macam ni. Excuse me bro, I have to go now.” Amilia
mula meminta diri sambil menarik lengan kawannya itu meninggalkan muka dua
mamat yang masih terpingga-pingga itu. Tak faham la tu.
'Heh agak-agaknya mamat tu percaya tak cakap aku tadi' Amilia mula
berseloroh dalam hati. “Kau ni gelak sikit-sikit sudahlah,nak gelak 24jam
straight ke apa? kang ada jugak yang nak kena tinggal kat sini.” Amilia mula
mengugut rakannya yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti
ketawa.
“Eleh macam la kau ada hati nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.
Sudahlah aku datang sini dengan kau tadi, kalau kau ada niat nak dengar soalan
yang bertubi-tubi daripada Puan Hajah Syahirah, kau tinggal la aku kat sini.”
Syazana tahu yang rakannya itu tidak akan berani meninggalkan dirinya sendirian
di situ kerana ibunya itu mengalahkan askar pencen. Mahu berpeluh-peluh bersoal
jawab dengan ibunya itu.
“So moral of the story, tidak
semua lelaki yang cuba menghampiri ada niat nak tackle kau yang cantik jelita tu kerana ada yang menghampiri hanya
untuk mendengar pasal fesyen terbaru kau je. Hahaha” Sindir Syazana yang masih
ketawa kuat.
Amilia mendengus geram sambil memandang ke arah kakinya. `Macam mana la
aku tak perasan aku boleh tersalah pakai kasut? Itu la kelam-kabut sangat nak
berjoging buang lemak konon. Buang lemak apanya, tambah malu ada lah. Jatuh
saham aku. Kurang asam punya Zana, boleh lagi kau ketawakan aku? Baik punya
kawan.’ Gerutu Amilia dalam diam.
No comments:
Post a Comment